loque

Manusia terpantas!

Sunday، 17 August 2008



Powell sekadar tempat kelima, Gay tersungkur pada saingan separuh akhir

USAIN Bolt membuktikan dia adalah manusia terpantas di dunia apabila memecahkan rekod lamanya dalam saingan akhir pecut 100 meter lelaki dengan catatan terbaik dunia 9.69 saat untuk meraih emas, jauh meninggalkan rakan senegaranya, Asafa Powell.

Atlit berusia 21 tahun itu, berjaya mendapatkan emas Olimpik pertama untuk negaranya dalam acara riben biru itu, melengkapkan kebangkitan menakjubkan ke mercu elit olahraga. Rekod lamanya sebelum ini adalah 9.72 saat.

Richard Thompson dari Trinidad and Tobago, meraih perak manakala pelari Amerika Syarikat, Walter Dix, berpuas hati dengan gangsa.

Asafa yang sebelum ini menyaksikan Bolt meleraikan rekodnya menerusi larian sepantas 9.72 saat Mei lalu, sekali lagi gagal menyerlah di pentas utama dengan larian mengecewakan untuk sekadar di tempat kelima.

Lapan atlit bersaing di peringkat akhir dengan enam atlit menghabiskan larian di bawah 10 saat, rekod baru untuk acara Olimpik serta menyamai final kejohanan dunia 1991 di Tokyo apabila enam lelaki menamatkan saingan di bawah masa 10 saat.

Malah, impian dunia untuk melihat saingan tiga lelaki terpantas di saingan akhir 100m Olimpik tidak kesampaian apabila juara dunia dari Amerika, Tyson Gay tersingkir di separuh akhir, apabila berkedudukan kelima.

Bolt, pakar dalam acara 200 meter yang hanya berlari dalam saingan jarak pendek secara profesional tahun lalu, kini akan mengalihkan perhatiannya untuk menjadi lelaki pertama selepas Carl Lewis pada 1984, mampu memenangi dua acara pecut Olimpik.

“Saya sudah merasai kenikmatan memecahkan rekod dunia sebelum ini. Jadi saya hanya datang ke sini untuk menang dan saya berjaya melakukannya. Saya pun sebenarnya tidak tahu sama ada saya memecahkan rekod dunia sehinggalah keputusan dipaparkan.

“Selepas ini saya hanya akan memberikan tumpuan kepada dua lagi saingan. Saya sudah bersedia dan saya akan cuba melakukannya

aku gune ebuddy!

Sunday، 17 August 2008

Cam ni citer nyer,loque ade menerima sekeping cd dari netherland iaitu ubuntu cd.Untuk korang yg x tahu pasal,cd aku 2 ialah cd ubuntu.Ubuntu merupakan OS tetapi duduk bawah ketiak linux.Ubuntu ni macam xp lar.So best gak gune  nih.Interface pown lawa.

So loque pown try la messengger yg disediakannya iaitu pidgin yg leh bukak pelbagai username 2.So bukak punyer bukak.X kuar paper pown.Rosak kowt?atau loque x reti gune?ha3.So loque pown tanyer brother zul yg banyak mengajar loque tentang ubuntu ni.Die suh loque gune ebuddy jer senang.Ha3.

Kat bawah merupakan screenshot ebudyy tuh.Dalam ubuntu nih siap ade software nak tangkap gambau lagik.Ha3.Best2

Ngetag….

Sunday، 17 August 2008

First time sebenarnye loque ditag….Kali ni loque dapat tag daripada kak ecah.cam ni tag nyer….

1) Senaraikan 5 hadiah/benda yang anda inginkan.
=gitar baru
=kasut converse
=VGA card yg power gler!
=nak panggil eric leong desing kan bilik aku yg berserabut!
=melancong ke luar negara

2) Alasan terhadap perkara tersebut :
=gitar dah lapok!
=x pernah pakai kasut brand ni!
=nak men game yg best2
=bilik aku boring
=boring asik holiday dalam negara jer

3) 5 impresi terhadap orang yang diminati :
=entah ler…x taw nak jawab per….(lom ade yg berpaut kowt!)…wakakaka…

4) 5 perkara yang dibenci :
=orang yg huru hara/sibuk2….kei po!
=orang yg kaco tido
=orang yg suke buzz!!!
=org yg kaco gua mase study yg tengah amat

5) Kali pertama duduk berjauhan dari keluarga :
=erm..first time ek??x ingat lar…tapi selalu ler…

6) Tempat yang ingin kamu lawati :
=Pulau sipadan
=mauritius
=madinah dan mekah
=australia
=japan

7) 5 perkataan yang selalu kamu sebut :

=se mo?
=se me?
=kei po…
=kei ma tiao
=ok2

Kalau ada duit yang banyak…
=beli Ep/album band indie yg latest
=beli baju
=simpan dalam bank
=simpan dalam dompet sampai kembung
=beli roti bebanyak!!! fav aku tuh

9) Jika kamu tidak belajar / bekerja dalam bidang sekarang, mungkin kamu….
=”penidur” yg setia

10) Lagu yang kamu selalu dengar tanpa rasa muak :
=dengar selalu nanti naik muak ler….
=baik dengar al-quran

11) Rakan-rakan bloggers yang ingin kamu tag :
=r-care
=aiyoyo(adakah keling)
=amie
=deadstar
=brother payeh yg payah…keh3

Sejenak….

Wednesday، 6 August 2008

Dah lame nak post pasal bende ni.Tapi kebzian menghalang.So kesempatan ni loque mengambil peluang yg tersedia.Asal skema lak ayat gua nih???Uiks….k2 loque pernah tengok video ni first time dalam tv3.Pendapat loque mungkinkah budak ni akan memimpin kita masa dunia hampir kiamat???Maybe……Kun fayakun….wallahualam…

Kamoo hebat !

Sunday، 27 July 2008

Nukilan yg ntah paper dan ikhlas ini adalah kepade frenz internet aku yg paling best ! .

NITRUS- RASA{AKUSTIK}




Dia merupakan kawan Loque sejak beberapa bulan yg lalu….
Dia banyak menolong ku…
Sewaktu susah senang…..
Kerja dibuat duit ditopup….
Die mintak x lebih….
3 hengget jerk….
Baik orang nyer….
Pakar blogging….
Pakar css code/html nih….
Walaupun baru setahun jagung….
Gifted?
Minat nyer same ngan ku….
Indie dilayan….
Dangdut pilihan nyer…

nak taw saper member 2???? ادامه‌ی مطلب

Laporan . . . .

Sunday، 27 July 2008

TISHUE-LUMRAH KEHIDUPAN




Erm …. dah lame loque x update blog nih . Guamedia pown same , sorry la bro Iz , pas PMR kite balon2 habis2 kays . :twink: Bio guamedia jadik website untuk mendownload mp3 yg paling cool kat mesia nih cam xfresh.fm tuh . He2…. Loque dah lame x berupdate nih coz banyak kerja skool yg kene siapkan .Tuisyen lagi . N study 4 PMR . PMR beb ! tinggal 2 bulan lagi beb! Bulan depan dah Trial . Nyehesss….aku lom sedia lah ! Kalo la ade mesin undur mase kan bagus . Cam doremon tuh . Ingat lak time mase kecik2 dulu . :giler: Hohohoho…. So skang loque under pressure beb. Korang tolong loque beb. ادامه‌ی مطلب

Just relaxing….

Sunday، 27 July 2008

Tishue-Mimpi Indah




Majalah IM majalah yg Canggih

Sunday، 20 July 2008

ESTRANGED-YANG PERNAH




Start2 loque g Melayubuntu . . . Coz ade cadangan nak gune ubuntu . . . cam best jer . . .interface pown nengok cam best jer . . .so nak cube r….. sekali nengok ade iklan majalah im ni . So klik…. ادامه‌ی مطلب

Zaman dah berubah…Dunia dah maju….

Saturday، 19 July 2008

LIYANA-TERNYATA INDAH

ادامه‌ی مطلب

Cara ikrar baru di SMKDB

Saturday، 12 July 2008

So aritu , Loque masih “”"”datang lambat”"”" ke skool . So cam byaser r…berdiri kat koridor kantin cam orang bodoh . Nasib baik ramai . Ade dua bus yg datang time 2 pulak . Ramai beb . Mengalahkan budak yg :”"”datang awal”"”" hahahaha…So pas abiz perhimpunan haram tuh. Giliran kitorang plak untuk membuat perhimpunan . Acare dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku . Selepas tuh , bacaan doa oleh kuchai(die tahu bace alfatihah jew,kesian….) . Dan yg paling best , guru tuh suruh macha sorang ni bace ikrar .

ادامه‌ی مطلب

 


?

Skodeng Loque

↑ Skodeng Loque