Manusia terpantas!

August 17th, 2008



Powell sekadar tempat kelima, Gay tersungkur pada saingan separuh akhir

USAIN Bolt membuktikan dia adalah manusia terpantas di dunia apabila memecahkan rekod lamanya dalam saingan akhir pecut 100 meter lelaki dengan catatan terbaik dunia 9.69 saat untuk meraih emas, jauh meninggalkan rakan senegaranya, Asafa Powell.

Atlit berusia 21 tahun itu, berjaya mendapatkan emas Olimpik pertama untuk negaranya dalam acara riben biru itu, melengkapkan kebangkitan menakjubkan ke mercu elit olahraga. Rekod lamanya sebelum ini adalah 9.72 saat.

Richard Thompson dari Trinidad and Tobago, meraih perak manakala pelari Amerika Syarikat, Walter Dix, berpuas hati dengan gangsa.

Asafa yang sebelum ini menyaksikan Bolt meleraikan rekodnya menerusi larian sepantas 9.72 saat Mei lalu, sekali lagi gagal menyerlah di pentas utama dengan larian mengecewakan untuk sekadar di tempat kelima.

Lapan atlit bersaing di peringkat akhir dengan enam atlit menghabiskan larian di bawah 10 saat, rekod baru untuk acara Olimpik serta menyamai final kejohanan dunia 1991 di Tokyo apabila enam lelaki menamatkan saingan di bawah masa 10 saat.

Malah, impian dunia untuk melihat saingan tiga lelaki terpantas di saingan akhir 100m Olimpik tidak kesampaian apabila juara dunia dari Amerika, Tyson Gay tersingkir di separuh akhir, apabila berkedudukan kelima.

Bolt, pakar dalam acara 200 meter yang hanya berlari dalam saingan jarak pendek secara profesional tahun lalu, kini akan mengalihkan perhatiannya untuk menjadi lelaki pertama selepas Carl Lewis pada 1984, mampu memenangi dua acara pecut Olimpik.

“Saya sudah merasai kenikmatan memecahkan rekod dunia sebelum ini. Jadi saya hanya datang ke sini untuk menang dan saya berjaya melakukannya. Saya pun sebenarnya tidak tahu sama ada saya memecahkan rekod dunia sehinggalah keputusan dipaparkan.

“Selepas ini saya hanya akan memberikan tumpuan kepada dua lagi saingan. Saya sudah bersedia dan saya akan cuba melakukannya

Tags: ,

This entry was posted on Sunday, August 17th, 2008 at 6:11 pm and is filed under memekak. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “Manusia terpantas!”

  1. faris.aiyoyo Says:

    Kata ari2 keja arimau kat africa nun di sana.

    faris.aiyoyos post yg terbaru..Cuti-

    [Balas lah]

    loque reply on August 28th, 2008 5:03 pm:

    2 la pasai..

    [Balas lah]

  2. nick Says:

    Ada lagi makhluk lebih pantas drp manusia. Agak2 apa? a

    nicks post yg terbaru..Info : Source One

    [Balas lah]

    loque reply on October 19th, 2008 8:46 pm:

    ape ek???
    huhoho..
    slamat hari raya!!!

    [Balas lah]

Jom kritik entry nih!

Korang leh gune tag ni jerk taw: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

TentangLoque

Aku Loque. Maseh bujang.Berblogging.Jamming.Citcat.Tido.Designing.Mp3.SMS.Lepak2.Wayang. Pemalu.Berkawan.Melancong.Berkhayal.MOSH.Gig.Mathematics.Male.Malay.Indie.Shopping.
Butir2: Log in| Wordpress Melanggan: Entry lame (RSS) and Komen (RSS) Loque Love Indie's Facebook profile
Hak cipta terpelihara© dari loque
Simply Candylicious tema blog ini direka olehKak AisyahRozi | XHTML-CSS